|
Penubuhan Nahdlatul Ulama di Malaysia (NUCIM) pada 1999 merupakan satu bentuk respon terhadap aspirasi yang berkembang di kalangan masyarakat (baca nahdliyyin[1]) Indonesia yang tinggal di sini samada mereka yang sudah mempunyai status permanent resident mahupun dari golongan pelajar. Motivasi utama dari hasrat ini adalah berdasarkan kepada idealisme untuk menyebarkan ideologi dan fahaman NU supaya ia lebih mensejagat ke dunia antarabangsa khasnya dalam hal ini adalah Malaysia. Keinginan untuk memiliki perkumpulan (jamiyyah) sendiri untuk memenuhi keperluan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerinduan terhadap organisasi yang sudah mendarah daging di kalangan ahlinya semasa di tanah air, juga menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan NU di Malaysia.
|